Assalamualaikum wbt
SEMUA ORANG PERLU MEMILIKI PLAN TAKAFUL DIRI SENDIRI!
1. Takaful Perubatan / Kad Perubatan (Medical Card).
Kenapa anda perlukan Takaful Perubatan?:
+60 19-262 0435
MOHD NAZRUL BIN MOIN
SEMUA ORANG PERLU MEMILIKI PLAN TAKAFUL DIRI SENDIRI!
Sebelum mengambil pelan takaful, anda seharusnya bijak untuk mengutamakan pelan yang terbaik untuk anda. Saya akan hurai serba ringkas kepentingan jenis pelan yang biasanya kita ambil mengikut gaya hidup masa kini.
1. Takaful Perubatan / Kad Perubatan (Medical Card).
Takaful perubatan adalah pelan takaful yang wajib diambil oleh semua orang. Ini disebabkan kerana kos bil perubatan yang meningkat setiap tahun. Takaful perubatan berfungsi untuk menyelesaikan semua bil hospital anda dan sekaligus anda tidak perlu menyimpan dalam amaun yang besar semata-mata untuk bil hospital anda.
Contohnya: Sekiranya anda berusia 30 tahun, anda hanya membayar sehingga serendah RM 200 untuk mendapatkan perlindungan sehingga RM 500,000. Cuba anda bayangkan, berapa lamakah masa dan berpa banyakkah amaun yang perlu disimpan untuk mencapai sehingga RM 500,000?
Kenapa anda perlukan Takaful Perubatan?:
2. Perlindungan Pendapatan.
Biasanya kita menyebut 'Life Takaful' dan amat ramai orang yang memilikinya. Persoalan disini, adakah apa yang diambil itu menepati keperluan pada masa kini dan akan datang?
Ada 2 tujuan pelan ini dikhususkan dan anda kena memikirnya secara serius.
1. Pelan kehidupan sempurna untuk keluarga kita apabila kita sudah meninggal dunia.
Katakan beban tanggungan kita setahun termasuk semua liabiliti yang kita ada berjumlah RM 500,000, jadi kita hendaklah mengambil pelan perlindungan sekurang-kurangnya RM 500,000 supaya apabila kita tiada, keluarga kita tidak akan menanggung bebannya.
2. Pelan kehidupan sempurna untuk keluarga kita apabila kita sudah meninggal dunia ataupin kita sudah tidak berupaya untuk bekerja disebabkan hilang upaya kekal.
Di sini kita harus membuat perkiraan berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam masa sebulan. Sebagai contohnya pendapatan kita RM10,000 sebulan. Bagaimanakah takaful akan dapat mengekalkan pendapatan kita seperti biasa apabila kita mengalami hilang upaya secara kekal.
Formulanya seperti berikut:
Pendapatan sebulan = RM10,000.
Pendapatan setahun = RM120,000
Katakan pelaburan memberi pulangan sebanyak 10% setahun. Bermakna kita perlu menyimpan sebanyak RM1,200,000 untuk mendapatkan RM120,000 daripada pulangan 10% tersebut.
Jadi kita seharusnya mengambil pelan takaful sebanyak RM1,200,000 + RM(jumlah liabiliti semasa) untuk mengekalkan kehidupan kita seperti biasa.
Sekiranya tuan /puan berminat, saya sedia membantu untuk memberi penjelasan lebih lanjut
Comments
Post a Comment